Monday, August 30, 2010

Talam Cincau


Bahan Lapisan Bawah:
225 gm tepung beras
75 gm gula kasar
50 gm tepung jagung
15 gm tepung hoen kwee
1,050 ml santan cair
300 gm cincau - dipotong dadu
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna merah
Cara Menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali cincau kemudian digaul rata.
2. Dengan api yang perlahan, masak adunan sehingga naik wap.
3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
4. Kukus lapis pertama yang telah dicampur dengan cincau hingga separuh masak.
5. Kemudian lapis dengan bahagian kedua yang juga telah dicampur cincau, kukus lagi.
6. Akhir sekali, lapiskan baki terakhir setelah dibubuh cincau.
7. Kukus hingga masak.
Bahan Lapisan Atas:
220 gm gula kasar
750 gm santan pekat
80 gm tepung gandum
40 gm tepung kanji
5 biji telur
5 sudu besar krim jagung
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil esen jagung
Cara Menyediakan:
1. Bancuh tepung sedikit demi sedikit dengan santan pekat sehingga tidak bergentel.
2. Campurkan kesemua bahan lain dan tapis.
3. Dengan api perlahan, kacau adunan sehingga naik wap.
4. Tuang di atas lapisan bawah, dan kukus sehingga masak.
5. Biarkan kuih talam benar-benar sejuk barulah dipotong.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment